Quantcast
Channel: Rumah Lelong Panas
Viewing all 131 articles
Browse latest View live

5 Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah Sendiri

$
0
0
2016-05-08 14.13.08
Baru2 ini, satu laporan menyatakan hampir 60% penjawat awam tidak memiliki rumah sendiri

 

 

Dalam free sharing baru2 ini, Isu ini  juga turut diutarakan dan memdapat maklum balas dari peserta yang hadir. 

 

Berikut adalah antara punca yang agak common…

 

Tiada Modal (Isu Kewangan)

 

Isu : Ini merupakan satu punca yang agak common. Selain dari modal cash, part kelayakan loan juga menjadi satu isu sama ada dari segi rekod CCRIS mahupun Debt Service Ratio (DSR). 
: Kena berbalik kepada konsep pengurusan kewangan peribadi. Kalau pengurusan kewangan peribadi ke laut, memang sampai ke sudah la tak boleh nak ada rumah sendiri…terpaksa la menyewa sampai ke tua…

 

Harga Rumah Terlalu Mahal

 

Isu : Harga rumah di kawasan bandar terlalu mahal. Bukan di dalam range kemampuan orang biasa
Cara atasi : Sebenarnya masih banyak rumah mampu milik di bawah harga rm100k jika pandai mencari. Boleh je bukak iklan mudah.my atau cari senarai hartanah lelong. Rumah2 berharga di bawah rm50k pun masih boleh dijumpai. Isu ini lebih kepada mindset sebenarnya. Rumah pertama mesti nak rumah idaman yang harga lebih rm500k – rm1 juta. Memang mampu tengok je la jawabnya. 

 

Tidak Faham Proses / Tiada Ilmu

 

Isu : Tidak pernah terlibat dengan urusan jual beli rumah. Tidak tahu nak mula dari mana, apa yang perlu disediakan etc.
Cara Atasi : Kelas dan seminar dah banyak. Buku pun dah banyak. Malah ramai agent2 hartanah di luar sana yang sudi nak berkongsi ilmu. Just tinggal tanya diri, hendak atau tidak sahaja.

 

Takut Ditipu Agent/Owner

 

Isu : Banyak dengar kes agent/owner tipu pembeli. Dah dapat deposit, hilang tanpa dapat dikesan. 
Cara Atasi : Berkait rapat juga dengan ilmu. Bila ada ilmu, risiko ditipu dapat dikurangkan. Selain dari itu, dapatkan khidmat agent dari agensi yang berdaftar. Kalau agen lelong, cari lah agen lelong yang reliable dan ada good track record. Insya Allah selamat. 

 

Belum Jumpa Rumah Idaman

 

Isu : Nak rumah landed dua tingkat corner dekat dengan tempat kerja. Ada taman permainan depan rumah. Senang nak ajak orang datang rumah. Nak buat openhouse pun tak malu dengan sedara mara. Tapi income baru rm2000 sebulan.
Cara Atasi : Ni kes tidak berpihak di bumi yang nyata ni. Tidak salah berimpian tapi jangan sampai hanya jadi angan2. Apa salahnya bermula secara kecil2an dahulu. Bila dah mampu, baru la cari rumah idaman. 

 

Kalau dilihat, dari 5 punca di atas, 4 daripadanya lebih kepada isu mindset atau alasan semata2. Tanpa perubahan mindset, sampai bila la akan terus menyewa dan terus menerus menyalahkan pihak lain di atas ketidak mampuan kita untuk memiliki rumah. 

 

Bak kata pepatah…

 

“Hendak seribu daya, tanak seribu dalih”

The post 5 Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah Sendiri appeared first on Rumah Lelong Panas.


Nasihat dari VIP Client Saya

$
0
0

(Facebook Post : 11 May 2016)

Rezeki tengah hari ni…

Ada kelapangan masa sedikit, saya ajak VIP client, Abam I lunch kepala ikan….

Banyak saya belajar dari beliau…

Abam I ni ada bisnes trading medical supply…dah lama buat bisnes…bisnes pun alhamdulillah dah stabil…

Duit untung bisnes, rolling plak dalam hartanah…memang kombinasi terbaik la…

As usual, topik borak2 kami sudah pasti berkisar antara pelaburan hartanah dan juga bisnes…

Just nak share dengan rakan2 some tips yang saya dapat hari ni…

Pelaburan Hartanah
================

✔ Pelaburan hartanah antara pelaburan paling selamat dan stabil, as long beli below market, insya Allah ok la tu…

✔ Harga hartanah susah nak turun…selagi kerajaan print duit, selagi tu la harga akan terus meningkat…yang penting kena faham apa yang kita buat…bukan main ikut cakap2 orang..

✔ Holding power sangat penting…kalau tade holding power, kejap je boleh kena wipe out…

✔ Kena creative untuk tingkatkan pendapatan sewaan hartanah…tak boleh main lepas tangan…pelaburan hartanah ni bukan bisnes goyang kaki dapat duit…kena ada usaha…

✔ Kalau tade masa nak buat, leverage masa dan kepakaran orang lain…dalam kes ni, Abam I bz bisnes tapi mintak tolong saya carikan deal yang best untuk beliau…win win situation…

Bisnes
======

✔ Sistem sangat penting….Kena ada sistem supaya bisnes boleh berkembang..

✔ Kena berani hire staff…awal2 memang kekok, tapi tu la learning curve…nak tanak kena lalu jugak…

✔ Bisnes kalau dah bertahan lebh 5 tahun, insya allah dah kira stabil la tu…Period paling kritikal adalah 5 tahun yang pertama…

✔ Utilize kepakaran kita dan develop sistem bisnes dalam konteks kepakaran kita…jangan buat bisnes ikut2 an…bukan tak boleh buat, tapi risiko lebih tinggi berbanding buat benda yang kita tahu buat…

Actually banyak lagi yang kitorang borakkan….citer ekonomi dunia, citer pasal senario hartanah lelong, citer pasal kesan money printing, citer pasal con man/ con job..macam2 lagi la…

Oh ya, saje nak share…rumah yang saya dapatkan untuk Abam I ni dah selamat disewakan…confirm2 positive cashflow sebab Abam I beli cash…katanya nak chill dulu…beli pun rm100k murah dari market…tunggu time yang sesuai baru tuai hasil…then boleh cari deal lelong lain plak…

Anda berminat nak tahu tentang servis VIP? 

Boleh klik link ini ya… VIP Service

The post Nasihat dari VIP Client Saya appeared first on Rumah Lelong Panas.

Contoh Deal Hartanah Lelong

$
0
0

image-2

 

Ramai yang tanya saya….

“En Izwan, saya berminat nak beli rumah lelong…boleh tak rekomenkan kat saya rumah macam mana yang ok? ”

Soalan kat atas tu sebenarnya agak subjektif…ok pada kita mungkin tidak ok pada orang lain…

Sebab kekuatan kewangan, gameplan, timeframe, risk appetite etc setiap orang berbeza2….

Thats why saya sentiasa galakkan supaya pilih listing dan buat kajian sendiri…resultnya kita lebih puas hati…memang keje lebih banyak dan hasilnya tidak datang bergolek, tapi itu la yang sebaiknya…

Okeh…ni saya kasi satu contoh deal yang ok…base on requirements saya which is …

” 20%-30% below market dan rental yield sekitar 5-6% ”

Requirement di atas tu boleh diadjust mengikut kesesuaian masa agar reasonable dan boleh dicapai…

===========================================

Unit di atas memang agak fames di kalangan pelabur hartanah…lokasi pun agak menarik sebab dekat dengan banyak mall dan ada akses highway yang bagus…supply pun agak limited jika dibanding dengan dengan potensi demand di kawasan sekeliling…

Market value sekitar RM 230k-240k
Rental : RM 850 – RM 1000

(info2 di atas boleh diperolehi bila kita buat kajian lokasi…part ni yang nak kena rajin tu…)

==============================================

So tugas kita sebagai pelabur hartanah lelong adalah untuk mencari deal2 yang sesuai dengan requirements kita dan keep on cuba membida ikut limit yang kita tetapkan…

Di sini lah kecekalan kita memainkan peranan…

Kalah dalam lelong adalah perkara biasa…

Tapi sekali kita dapat deal lelong pada harga yang kita mahukan, rewardnya berbaloi2 dengan usaha yang telah kita buat
sebelumnya…

Berminat nak cari deal2 lelong below market?

Whats app : 019-2488883 (Izwan)
Email : admin@eezoneproperties.com
Web : rumahlelongpanas.com

The post Contoh Deal Hartanah Lelong appeared first on Rumah Lelong Panas.

KL Selangor Auction Listing : October 2016

$
0
0

As of 10 October 2016

kl-ampang-7-oct-a

kl-ampang-7-oct-b

kl-ampang-7-oct-c

kl-ampang-7-oct-d

shah-alam-7-oct-a

shah-alam-7-oct-b

pj-damansara-7-oct-a

pj-damansara-7-oct-b

pj-damansara-7-oct-c

puchong-7-oct-a

puchong-7-oct-b

kajang-7-oct-a

kajang-7-oct-b

kajang-7-oct-c

seri-kembangan-7-oct

gombak-7-oct-a

klang-7-oct-a

klang-7-oct-b

klang-7-oct-c

klang-7-oct-d

rawang-7-oct-a

rawang-7-oct-b

rawang-7-oct-c

rawang-7-oct-d

rawang-7-oct-e

cyberjaya-7-oct

seremban-7-oct-a

seremban-7-oct-b

seremban-7-oct-c

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

The post KL Selangor Auction Listing : October 2016 appeared first on Rumah Lelong Panas.

Panduan Menangani Zaman Gawat

$
0
0

Kredit kepada Tuan Zaidi Ismail…Pengasas Group Kewangan Urusinsan

Beliau merupakan salah seorang sifu yang saya follow rapat…

Memandangkan ramai yang sedang berbicara tentang kegawatan ekonomi tapi tiada langkah penyelesaian yang dibentangkan, jom kita baca apa yang telah disarankan oleh tuan Zaidi…

Semoga bermanfaat…

——————
MENGHADAPI ZAMAN GAWAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Kita tidak boleh kawal kegawatan ekonomi negara tapi kita boleh kawal dan perbaiki ekonomi kita sendiri.
.
1. Belajar kemahiran baru secepat mungkin , terutama kemahiran yang boleh ditukar kepada perkhidmatan yang boleh dijual kelak .
.
2. Zaman gawat adalah zaman peluang , kos pemilikan harta lebih murah dan rendah ketika gawat , kumpul harta sebanyak yang boleh , beli ketika orang lain sibuk menyimpan , simpan ketika orang lain sibuk membazir.
.
3. Kumpul harta yang menjana pendapatan tahunan , bulanan , harian , minit dan saat. Aliran tunai (cashlow) sangat-sangat penting ketika ini.
.
4. Kerap ber “networking” , tambah kenalan , berkawan-kawan dan berkenal-kenal , kerana kenalan adalah peluang , begitu juga dengan bersaudara mara. Kerap jumpa adik beradik dan ibu-bapa , eratkan silaturahim.
.
5. Jana pelbagai pendapatan sampingan bukan untuk tampung sara hidup tapi untuk mengumpul modal memiliki harta-harta murah.Tidak cukup hanya dari satu sumber (gaji) , pelbagaikan sumber pendapatan sebanyak yang boleh.
.
6. Kurangkan kos kehidupan (gaya hidup) dan hapuskan komitmen , fokus pada pengukuhan aliran tunai.
.
7. Berguru , bermentor , masuk kelas , seminar , bengkel , baca banyak buku kewangan.
.
8. Dekatkan diri dengan pencipta (Allah) <—- klise , dah susah baru nak cari dia , tapi kena tulis juga kalau tak nanti kena sound dengan ustaz dan ustazah facebook.
.
9. Mulakan perniagaan tanpa modal secara kecil-kecil untuk mengumpul pengalaman (menjual perkhidmatan keperluan , lihat #1 atau menjual produk keperluan)
.
10. Jadi pakar (unik) dalam sesuatu bidang dan pengkhususan. Tambah nilai diri dalam pasaran pekerjaan (untuk yang makan gaji).
.
11. Eratkan hubungan antara pasangan , inilah masa untuk rapatkan saf , bincang dengan pasangan hidup tentang realiti semasa serta cabaran yang perlu dihadapi , buat aktiviti mengukuhan ekonomi keluarga bersama-sama. Insya’allah , hubungan akan menjadi lebih intim dan erat selepas gawat berlalu pergi.
.
12. Jual barangan yang tidak diperlukan dan menyemak dirumah , hentikan perkhidmatan yang bukan keperluan tetapi mempunyai ansuran bulanan. Lupuskan hutang-hutang kecil yang mengganggu aliran tunai.
.
13. Belajar Ilmu pemasaran , belajar menjual diri , ini sangat penting samaada kerja makan gaji mahupun mempunyai perniagaan sendiri. Semua yang berjaya adalah jurujual.

The post Panduan Menangani Zaman Gawat appeared first on Rumah Lelong Panas.

Auction Listing Terkini : Kuala Lumpur

$
0
0

As of 13 October 2016

kl

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

The post Auction Listing Terkini : Kuala Lumpur appeared first on Rumah Lelong Panas.

Auction Listing Terkini : Selangor

$
0
0

As of 13 October 2016

shah-alam1

pj1

puchong1

kajang

s-kembang1

gombak

klang1

rawang1

cyber2

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

The post Auction Listing Terkini : Selangor appeared first on Rumah Lelong Panas.

Auction Listing Terkini : Negeri Sembilan

$
0
0

As of 13 October 2016

nilai1

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

The post Auction Listing Terkini : Negeri Sembilan appeared first on Rumah Lelong Panas.


Lelongan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam : 22 October 2016

Maybank Mega Auction : 25 October 2016

$
0
0

maybank-25-oct-a maybank-25-oct-b maybank-25-oct-c maybank-25-oct-d

 

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

The post Maybank Mega Auction : 25 October 2016 appeared first on Rumah Lelong Panas.

Tips Kewangan Power Yang Saya Belajar Dari Game Casfhlow 101

$
0
0

Anda pernah main game cashflow 101?

unnamed

Game tu direka oleh penulis buku kewangan peribadi yang terkenal, Robert T Kiyosaki (Rich Dad Poor Dad)

Beberapa hari lepas, saya berkesempatan bermain permainan tersebut atas jemputan dari saudara Wan Adli Wan Hassan dan event tersebut diconduct bersama dengan AbangAbu Mekanik Wang (TQ Bro! Kalau ada lagi sessi lain, aku nak join ek)

Selepas bermain permainan tersebut bersama rakan2 semeja, saya dapat belajar beberapa perkara yang boleh di kaitkan dengan keadaan realiti kita.

Pada yang berminat nak mencuba versi online, boleh klik link ni ya !

http://www.richdad.com/apps-games/cashflow-classic

Objektif utama permainan tersebut adalah untuk keluar dari perangkap RAT RACE..

Dan saya bahagikan permainan tersebut kepada 3 Fasa utama (ni ikut pengalaman saya la)

 

Fasa Pertama (Asas) – Sekitar umur 20an

————————————————————————

 

✔ Tidak kira dari mana kita bermula dan apa pun jenis pekerjaan kita, semua orang ada peluang untuk mencapai kebebasan kewangan

✔ Ini penting ! Kena develop tabiat untuk mencatat kira2 duit keluar masuk. Kalau kita sendiri tak tahu duit kita pergi mana setiap hujung bulan, jangan citer pasal impian nak dapatkan kebebasan kewangan.

✔ Pastikan ada lebihan duit di setiap bulan, kalau negative cashflow, then kena rawat keadaan tu dulu sebelum mula untuk melabur.

 

Formula simple yang boleh digunakan :

Pendapatan – Simpanan = Belanja

✔ Pastikan ada emergency fund (amat penting jika berlaku musibah). Jangan habiskan semua tunai untuk mengejar peluang. Sekali tersilap langkah, jenuh nak bangun semua

✔Cuba cari cara untuk menambahkan pendapatan (part time job, buat sales, OT, claim, bonus, side bisnes).  Pastikan  semua duit tersebut di simpan dalam tabung pelaburan. Hanya belanja di bawah paras pendapatan  bulanan yang kita dapat.

 

Fasa Kedua (Pertengahan) – Sekitar umur 30an

———————————————————————————–

✔  Kena berani amik risiko secara berhemah

✔  Mulakan dengan deal2 kecil dahulu. Belajar untuk memahami selok belok pelaburan. Tahu untuk mengasingkan deal yang baik dan tidak baik

✔  Ada banyak cara untuk melabur. Saham, hartanah, bisnes

✔  Pada peringkat awal, jangan terlalu fokus kepada cashflow dahulu. Fokus pada peluang untuk menjana keuntungan (exit plan). Untuk deal2 kecil, biasanya cashflow yang diperolehi tidak begitu significant.

✔ Kumpul asset2 small deal sebanyak yang boleh dan berdoa agar kita dapat jual asset2 tersebut pada harga yang berbaloi. Dengan keuntungan yang diperolehi itu akan kita gunakan untuk mencari big deal

 

Fasa Ketiga ( Ke arah Kebebasan Kewangan) – Sekitar umur 40an ke atas

——————————————————————————————————————————

✔ Time ni kita dah ada fund pelaburan yang agak besar. Biasanya nilai tunai dalam sekitar rm200k ke atas.

✔ Kita dah boleh mula fokus pada deal2 besar yang menjana keuntungan cashflow yang tinggi.

✔ Pada ketika ini, kita tidak menjual asset yang kita ada. Kita mula mengumpul dan kumpul selagi boleh.

✔ Pada ketika ini, kita cuba pastikan cashflow dari asset2 kita supaya lebih dari jumlah perbelanjaan bulanan kita…Bila capai level tu, then kita dah dikira mencapai kebebasan kewangan.

 

Part Fast Track tidak banyak yang boleh saya ulas. Ianya lebih kepada fasa mengejar impian.

By this time, kalau dah ada duit lebih tu, buat je la apa yang kita nak buat.

cashflow-101-12-oct-2016

 🙂 Antara nasihat2 lain yang saya dapat dari rakan2 sepermainan selepas selesai :

  • Boleh nak capai kebebasan kewangan sorang2, tapi lagi cepat kalau buat secara berjemaah
  • Peluang tidak datang bergolek. Kita kena rajin cari
  • Kadang2 peluang datang depan mata tapi kita tak perasan, kena latih mata minda untuk melihat peluang

unnamed-1

SHARE JIKA BERMANFAAT

The post Tips Kewangan Power Yang Saya Belajar Dari Game Casfhlow 101 appeared first on Rumah Lelong Panas.

Ambank Mega Auction : 27 October 2016

$
0
0

ambank-ncm-27-oct-aambank-ncm-27-oct-b ambank-ncm-27-oct-c ambank-ncm-27-oct-d ambank-ncm-27-oct-e ambank-ncm-27-oct-f ambank-ncm-27-oct-g

 

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI :

IZWAN : 019-2488883
ADMIN@EEZONEPROPERTIES.COM

DIHARAP ANDA DAPAT MEMBUAT PENDAFTARAN DENGAN MENGHUBUNGI SAYA (CALL/SMS/EMAIL) SEKURANG2NYA 3 HARI SEBELUM TARIKH LELONGAN.

“BERUSAHA MEMBERI PERKHIDMATAN LELONGAN YANG TERBAIK UNTUK ANDA”

 

The post Ambank Mega Auction : 27 October 2016 appeared first on Rumah Lelong Panas.

Auction Listing Terkini : Kuala Lumpur

Auction Listing Terkini : Selangor

Auction Listing Terkini : Negeri Sembilan


5 Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah Sendiri

$
0
0
2016-05-08 14.13.08
Baru2 ini, satu laporan menyatakan hampir 60% penjawat awam tidak memiliki rumah sendiri

 

 

Dalam free sharing baru2 ini, Isu ini  juga turut diutarakan dan memdapat maklum balas dari peserta yang hadir. 

 

Berikut adalah antara punca yang agak common…

 

Tiada Modal (Isu Kewangan)

 

Isu : Ini merupakan satu punca yang agak common. Selain dari modal cash, part kelayakan loan juga menjadi satu isu sama ada dari segi rekod CCRIS mahupun Debt Service Ratio (DSR). 
: Kena berbalik kepada konsep pengurusan kewangan peribadi. Kalau pengurusan kewangan peribadi ke laut, memang sampai ke sudah la tak boleh nak ada rumah sendiri…terpaksa la menyewa sampai ke tua…

 

Harga Rumah Terlalu Mahal

 

Isu : Harga rumah di kawasan bandar terlalu mahal. Bukan di dalam range kemampuan orang biasa
Cara atasi : Sebenarnya masih banyak rumah mampu milik di bawah harga rm100k jika pandai mencari. Boleh je bukak iklan mudah.my atau cari senarai hartanah lelong. Rumah2 berharga di bawah rm50k pun masih boleh dijumpai. Isu ini lebih kepada mindset sebenarnya. Rumah pertama mesti nak rumah idaman yang harga lebih rm500k – rm1 juta. Memang mampu tengok je la jawabnya. 

 

Tidak Faham Proses / Tiada Ilmu

 

Isu : Tidak pernah terlibat dengan urusan jual beli rumah. Tidak tahu nak mula dari mana, apa yang perlu disediakan etc.
Cara Atasi : Kelas dan seminar dah banyak. Buku pun dah banyak. Malah ramai agent2 hartanah di luar sana yang sudi nak berkongsi ilmu. Just tinggal tanya diri, hendak atau tidak sahaja.

 

Takut Ditipu Agent/Owner

 

Isu : Banyak dengar kes agent/owner tipu pembeli. Dah dapat deposit, hilang tanpa dapat dikesan. 
Cara Atasi : Berkait rapat juga dengan ilmu. Bila ada ilmu, risiko ditipu dapat dikurangkan. Selain dari itu, dapatkan khidmat agent dari agensi yang berdaftar. Kalau agen lelong, cari lah agen lelong yang reliable dan ada good track record. Insya Allah selamat. 

 

Belum Jumpa Rumah Idaman

 

Isu : Nak rumah landed dua tingkat corner dekat dengan tempat kerja. Ada taman permainan depan rumah. Senang nak ajak orang datang rumah. Nak buat openhouse pun tak malu dengan sedara mara. Tapi income baru rm2000 sebulan.
Cara Atasi : Ni kes tidak berpihak di bumi yang nyata ni. Tidak salah berimpian tapi jangan sampai hanya jadi angan2. Apa salahnya bermula secara kecil2an dahulu. Bila dah mampu, baru la cari rumah idaman. 

 

Kalau dilihat, dari 5 punca di atas, 4 daripadanya lebih kepada isu mindset atau alasan semata2. Tanpa perubahan mindset, sampai bila la akan terus menyewa dan terus menerus menyalahkan pihak lain di atas ketidak mampuan kita untuk memiliki rumah. 

 

Bak kata pepatah…

 

“Hendak seribu daya, tanak seribu dalih”

The post 5 Punca Kenapa Ramai Orang Tidak Memiliki Rumah Sendiri appeared first on Rumah Lelong Panas.

Nasihat dari VIP Client Saya

$
0
0

(Facebook Post : 11 May 2016)

Rezeki tengah hari ni…

Ada kelapangan masa sedikit, saya ajak VIP client, Abam I lunch kepala ikan….

Banyak saya belajar dari beliau…

Abam I ni ada bisnes trading medical supply…dah lama buat bisnes…bisnes pun alhamdulillah dah stabil…

Duit untung bisnes, rolling plak dalam hartanah…memang kombinasi terbaik la…

As usual, topik borak2 kami sudah pasti berkisar antara pelaburan hartanah dan juga bisnes…

Just nak share dengan rakan2 some tips yang saya dapat hari ni…

Pelaburan Hartanah
================

✔ Pelaburan hartanah antara pelaburan paling selamat dan stabil, as long beli below market, insya Allah ok la tu…

✔ Harga hartanah susah nak turun…selagi kerajaan print duit, selagi tu la harga akan terus meningkat…yang penting kena faham apa yang kita buat…bukan main ikut cakap2 orang..

✔ Holding power sangat penting…kalau tade holding power, kejap je boleh kena wipe out…

✔ Kena creative untuk tingkatkan pendapatan sewaan hartanah…tak boleh main lepas tangan…pelaburan hartanah ni bukan bisnes goyang kaki dapat duit…kena ada usaha…

✔ Kalau tade masa nak buat, leverage masa dan kepakaran orang lain…dalam kes ni, Abam I bz bisnes tapi mintak tolong saya carikan deal yang best untuk beliau…win win situation…

Bisnes
======

✔ Sistem sangat penting….Kena ada sistem supaya bisnes boleh berkembang..

✔ Kena berani hire staff…awal2 memang kekok, tapi tu la learning curve…nak tanak kena lalu jugak…

✔ Bisnes kalau dah bertahan lebh 5 tahun, insya allah dah kira stabil la tu…Period paling kritikal adalah 5 tahun yang pertama…

✔ Utilize kepakaran kita dan develop sistem bisnes dalam konteks kepakaran kita…jangan buat bisnes ikut2 an…bukan tak boleh buat, tapi risiko lebih tinggi berbanding buat benda yang kita tahu buat…

Actually banyak lagi yang kitorang borakkan….citer ekonomi dunia, citer pasal senario hartanah lelong, citer pasal kesan money printing, citer pasal con man/ con job..macam2 lagi la…

Oh ya, saje nak share…rumah yang saya dapatkan untuk Abam I ni dah selamat disewakan…confirm2 positive cashflow sebab Abam I beli cash…katanya nak chill dulu…beli pun rm100k murah dari market…tunggu time yang sesuai baru tuai hasil…then boleh cari deal lelong lain plak…

Anda berminat nak tahu tentang servis VIP? 

Boleh klik link ini ya… VIP Service

The post Nasihat dari VIP Client Saya appeared first on Rumah Lelong Panas.

Buat ubahsuai? Nilai Hartanah Naik Ke?

$
0
0

Memang menjadi lumrah untuk pemilik hartanah merasakan nilai hartanah mereka lebih tinggi berbanding harga semasa.

Lebih-lebih lagi jika mereka telah membuat pengubahsuaian yang intensif terhadap hartanah mereka.

Jom baca diskusi ini dan lihat feedback yang telah diberi oleh seorang jurunilai…

scrreenshot diskusi market valuation

Sebelum anda merangka untuk membuat ubahsuai pada hartanah anda dengan niat untuk meningkatkan nilai hartanah itu, pastikan apa yang anda buat diterima oleh pihak jurunilai…

Takut nanti anda cuma syok sendiri sahaja…

The post Buat ubahsuai? Nilai Hartanah Naik Ke? appeared first on Rumah Lelong Panas.

Bagaimana saya mengatasi kuota 90% untuk loan rumah ke 3 dan seterusnya

$
0
0

Ini cara saya…

Benda pun bukan rahsia mana…

Yang penting beberapa komponen kena ada dan mesti selari untuk menjayakannya…

Saya dah guna cara ini untuk beberapa unit hartanah saya..

Apa yang saya buat?

Saya guna konsep Partnership…

Saya cari orang2 di sekeliling saya yang masih memiliki kuota loan 90% ( masih ada kuota untuk pembelian rumah pertama dan kedua). Seeloknya cari yang muda2 dan baru bekerja. Mereka2 ini masih belum ada keinginan untuk membeli hartanah sama ada kerana minda belum terbuka atau masih belum ada deposit untuk membeli rumah. 

Dalam kes saya, saya mulakan dengan adik beradik saya dahulu. ( Boleh je consider sepupu sepapat, kawan2 rapat, kawan2 sekepala etc… yang penting mesti selesa bekerjasama dan ada kepercayaan).

Untungnya saya, sebab dari awal lagi saya dah groom mereka supaya celik pelaburan hartanah. Bila dah celik hartanah, baru la senang nak sembang dan capai kata sepakat. 

So kami buat kerjasama bersama. 

Mereka sediakan nama untuk loan, saya sediakan modal dan run da show…

Nanti bila tiba masa kutip keuntungan, kita bahagikan untung bersih mengikut apa yang telah dipersetujui. 

Dalam hal ini, kita kena la kreatif dan inovatif. Sentiasa cari penyelesaian dan bukan fokus pada masalah. Kalau kita rasa stuck semata2 sebab kuota 90% tu, sayang la…masa berjalan…

Nak buat agreement ke tak? Haa…part ni terpulang la pada korang…nak rasa selamat, buat la kemas2…tu lebih afdal…walaupun dengan ahli keluarga sendiri…

Saya tahu, mesti ramai yang akan kata…

” ko boleh la…adik beradik sama kepala…aku punya adik beradik tak sebulu, duit hutang pun tak berbayar bla bla bla”
” aku x jumpa orang2 yang aku boleh percaya”
” leceh la..nak pakai nama2 orang ni…nanti papehal jadi, dari kawan boleh jadi lawan ….”
” adik beradik aku kecik2 lagi…keje pun belum”

Saya x boleh nak jawab semua isu2 tu..saya cuma kongsi apa yang saya buat…

Kalau rasa boleh pakai, pakai la..

Kalau rasa x boleh, then cari cara lain…yang penting fokus pada penyelesaian…bukan masalah…

Peace yo! 

image-2

The post Bagaimana saya mengatasi kuota 90% untuk loan rumah ke 3 dan seterusnya appeared first on Rumah Lelong Panas.

Drama Di Tempat Lelong

$
0
0

Dah lama rasanya tak jumpa drama di tempat lelong…

Selalu dengar2 kisah je…

Kali ni jadi depan mata…

Kesian pun ada…tapi nak buat macam mana…

Undang2 tetap berjalan seperti biasa…

Kisah kali ni melibatkan kes penipuan penjualan rumah..

Alkisah, pagi tadi saya ada masuk membida satu unit rumah flat di kl…

Lelongan dibuat di mahkamah kl…

Rumah ni rupanya dah pernah lelong sebelum ni tapi dibatalkan…

Sebabnya, penyewa rumah tersebut dalam proses membeli unit ni secara subsale dari tuan punya rumah..snp pun dah sign, tapi tup2 rumah kena lelong…

memang tuan rumah ni bermasalah…masa first time call off tu, pihak mahkamah kasi peluang pada owner rumah untuk selesaikan hutang dengan pihak bank…duit deposit rumah 10% dari penyewa pun dah diterima…

penyewa/pembeli baru tu seorang makcik tu yang ditemani oleh anaknya…apa la yang makcik tu tahu sangat pasal jual beli rumah…disuruh sign,dia sign, disuruh bayar dia bayar…

Bila jadi lagi lelong kali ni, disebabkan owner lama menghilangkan diri…janji tinggal janji..duit 10% dah dibawa lari…

Menangis la makcik ni dengan anak nya dalam usaha nak selamatkan rumah yang diduduki sekarang ni…

Saya pun tak boleh nak buat apa…

Sementara menunggu lelongan nak mula, saya kasi la nasihat dan pandangan…rumah dilelong ikut prosedur…duit makcik 10% tu perlu dituntut dari owner lama guna saluran yang lain…

Kalau ikutkan hati , memang saya nak tarik diri sahaja dari lelongan ni…biar makcik tu menang rumah tu semula…tapi apakan daya…ramai pula pembida yang berminat…rambut sama gelap tapi hati orang mana kita nak tahu…

Nak slowtalk dengan pembida2 lain pun tak mudah…

so akhirnya kita lawan secara gentleman dalam bilik lelongan…

Sian makcik tu, lawan sehingga titisan terakhir tapi masih gagal untuk menang…ada orang lain yang angkat lebih tinggi…pasangan suami isteri yang beli untuk duduk juga…

Saya cuma mampu geleng kepala…

Makcik tu dan anak nya dah start nangis2 balik…saya yang hati tisu ni cepat2 collect bank draft dan beredar dari situ…kang stay lama2 kang saya pun tumpang nangis sama…lagi haru…

Semoga pembida yang berjaya tu boleh bertolak ansur dengan makcik tu..

Aminnn….

 

image-1

The post Drama Di Tempat Lelong appeared first on Rumah Lelong Panas.

Viewing all 131 articles
Browse latest View live